...........

Background-Position: Center; Background-Repeat:repeat; Background-Attachment: Fixed;} Leelou Blogs MyHotComments.com
MyHotComments

Sunday, June 24, 2012

bermula sem baru..bermula azam baru




assalamualaikum semua...
yatt asphalt in the house... 
hehehehe

pejam celik pejam celik 
cuti sem yatt pon da tinggal lebih kurang 2 minggu lebih saja..
kejap je masa berlalu,.
mcm x percaya je yatt da nak masuk sem 5... hehehe... 
kejap je masa berlalu,,, heheehe...
yatt masih ingt kata seorang senior yatt yg da nak konvo... 
bila yatt cakap kt dye yatt kejap je masa berjalan sbb skrg yatt da sem 5 pas 2 dye balas mcm nie...
"Teringt plak dulu ade org ngadu2.. kata susah la..hehe."



bkn sengaja nak ngadu tp mmg susah la... biasa la... masa

 bru masuk politeknik mmg la susah sikit nak sesuaikan diri dengan 

keadaaan & pelajaran di sana... skrg alhamdulilah la... 




serius yatt cakap yatt masih x bersedia nak masuk sem 5.. 
(biasalah bru abeh praktikal ) 
lama dah x masuk kelas utk belajar dgn asignment, quiz, test, tutorial.....
adoiiii...... pening la memikirnya,,,

tp yatt punya opinion yatt rasa lebih baik belajar drpd keje.. sejak yatt praktikal baru la yatt tahu yg  susahnya keje... dulu yatt dok ngadu belajar susah tp skrg bru yatt tahu keje lg susah.... 

ok yatt x nak la celoteh panjang....
yatt nak ng tahu azam yatt untuk sem baru yatt bakal menjelang 12/7/ 2012 nie... 

1) nak naikkan pointer
2) da x nak malas malas,.,
3) x nak ponteng2 kelas ( bkn selalu, kdang2 klo bangun lewat & ada hal)


ok.. yatt nak ucapkan selamat menempuhi semester baru kapada semua student student politeknik tuanku sultanah bahiyat kulim kedah..... selamat maju jaya......



Thursday, June 14, 2012

3 janji slot lestary


Setelah drama 3 janji yang di tayangkan di slot Lestary TV3 telahpun melabuhkan tirainya. bg pendapat yatt drama nie mmg best & boleh bg dalam 4 bintang.,.. rugi kalau x tengok drama nie..
 


Drama 3 Janji dibarisi pelakon popular tanahair antaranya Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari dan Zara Zya


Kisah ‘3 Janji’ bermula di sebuah kampung yang berjauhan dari bandar. Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga akrab.


Dalia dan Khursyi saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila sampai masa nanti. 


Malang tidak berbau… Dalam perjalanan mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas 
tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini.

Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang Dalia.

Namun, tidak lama kemudian Khursyi meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya., Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi.

Keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah ke Indonesia kerana keadaan Dalia yang sentiasa murung. Selepas 5 tahun, Dalia pulang ke Malaysia dan tinggal bersama makciknya, Adila (Hanez Suraya). Dalia mengambil jurusan perubatan seperti yang dijangka oleh arwah Khursyi dahulu tetapi masih menari ketika lapang untuk mengubat hatinya yang luka.

Yassin (Shah Iskandar) terpikat dengan tarian Dalia ketika mengambil gambusnya di studio latihan. Tanpa disedari, Yassin turut mengiringi tarian Dalia dengan alunan gambusnya berentak zapin. Dalia terkejut dengan kehadiran Yassin dan terus berhenti menari sebelum meninggalkan bilik itu.
Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Yassin menjadi teman setianya semasa membuat ulang kaji dan menari. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia tentang 3 Janji tersebut kerana Yassin sudah menepati janji pertama yang telah menjadi sahabat terbaik buat Dalia. Tanpa disedari, Sufi (Ana Dahlia) yang mencemburui hubungan mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah bersubahat dengan Elias untuk mendapatkan Yassin.

Hati Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang mirip wajah arwah Khursyi. Kerinduannya terhadap arwah Khursyi menjadikan Dalia hilang dalam angannya dan mengejar cinta daripada Kamil. Pada mulanya Kamil rimas dengan obsesi Dalia. Namun, Kamil mula berkawan dengan Dalia kerana mempunyai agenda tersembunyi.

tp pada akhirnya kamil telah jatuh cinta kepada  dahlia yang telah mengubah kamil yg dahulunya kamil sangat bencikan perempuan & sangat kasar kepada dahlia.. tp akhirnya dahlia sedar yg selama ini yassin yg telah memenuhi 3 janji yang telah dilafazkan olah khursyi... akhirnya dahlia talah berkahwin dengan dahlia dan bahagia...  sufi pula telah menyesal atas apa yang telah dilakukan kepada dahlia & yassin dan meminta maaf kepada mereka..


Monday, June 11, 2012

Juara Mentor 6 Caroline



assalamualaikum..
jgn lupa jawab salam sbb kita kan org islam... hehehe
lama yatt x menaip sesuatu dekat blog nie... 
da ada habuk pon... tp habuk2 pon ada org still tgk lg ye blog yatt...
yatt appreciate sgt

ok yatt pon x nak merepek panjang2 kt sini... 

ari nie yatt nak cerita pasal mentor 6 yg berakhir semalam (10/5/2012)





korang semua sudah mengetahui yang caroline telah menjadi juara mentor 6.klo korang x tahu, nampak sgt korang x tengok mentor 6 semalam.. caroline telah mendapat 71 markah dan telah mendapat markah tang paling tinggi drpd juri tetap. tp yatt memang tidak menafikan yang pesembahan caroline mmg mantap sangat (walaupon pada hakikatnya yatt sokong anas ridzuan protege kpada faizal tahir sbb yatt nie minat tahap teruk dekat faizal tahir)



tempat ke2 dimenangi oleh zatul farahin protege kepada ogy ahmad daud



tempat ke 3 plak dimenangi oleh anas ridzuan.. protege kepada faizal tahir. walaupon anas dapat no 3, yatt tetap minat anas... hehehe... biar je la aku nak minat.. korang ade?? hehehe
anas nie yatt nampak mampunyai potensi untuk maju dlm bidang seni...



tapi mmg tidak dinafikan semua peserta mentor 6 mmg mempunyai potensi & aura masing-masing.




semoga semua peserta mentor 6 terus maju di masa akan datang.,..