...........

Background-Position: Center; Background-Repeat:repeat; Background-Attachment: Fixed;} Leelou Blogs MyHotComments.com
MyHotComments

Thursday, August 11, 2011

Aku Menaip Bukan Kerna Nama


Assalamualaikum.

Hari ni aku serius sikit. Idea melimpah ruah sehingga masuk ke ladang gandum dan fuhh! Jadilah koko crunch! Ok serius. Serius. Tang idea melimpah ruah tu aku tipu je.

Orang boleh kata apa sahaja, menulis blog hanya kerana nak naikkan nama. Tapi pada aku, aku tak perlu semua tu. Aku menulis blog kerana aku rasa itu diari aku. Benda yang aku nak coretkan. Lahir tulus dari hati aku. Aku sendiri kadang-kadang tergelak baca blog aku, sebab aku rasa aku ni bukan betul sangat.

Aku tak paksa orang komen post aku. Apatah lagi suruh orang follow aku (masa mula-mula dulu adalah sikit). Aku tak pernah cakap, follow me, and i will follow you back! Ewahh, macam kita hot sangat je kan nak suruh orang follow kita. Aku tak kisah kalau tak ada orang nak baca blog aku.

Sebab aku nampak sesetengah blog tu hanya mengejar follower, trafik dan sebagainya. Aku dah tak nampak kesenian kita berblog.

Kita ni bukan selalu kat atas. Kan? Jangan pernah sombong. Dan jangan terlebih ramah. Kita kena cool. Kau cool, aku lagi cool.

Satu masa nanti orang akan lupa siapa tuan blog ini, siapa yatt asphalt