...........

Background-Position: Center; Background-Repeat:repeat; Background-Attachment: Fixed;} Leelou Blogs MyHotComments.com
MyHotComments

Sunday, March 18, 2012

3 Jenis Manusia yang Diperlukan untuk Berjaya


Pada tulisan kali ini, saya ingin menulis mengenai 3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun.
Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka?

1. Mentor
Mentor atau guru adalah sesiapa di sekeliling anda yang lebih tua dan telah berjaya bagi anda. Orang seperti ini tidak semestinya hanya seorang. Anda boleh mencari ramai orang, seolah-olah mencari ramai guru untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu.
Anda perlu juga tahu cara membezakan ilmu dan sampah. Kekadang mungkin anda perlu melaluinya baru anda tahu samada ini ilmu atau sampah.
Contohnya, jika mentor yang anda ada pernah ditipu oleh orang Pakistan, maka mungkin dia akan menyatakan kepada anda bahawa "orang Pakistan tak sesuai untuk perniagaan. Jangan sekali-kali berurusan dengan mereka".
Kenyataan seperti ini mungkin betul, mungkin juga sampah. Tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga jika ditakdirkan membuat perniagaan dengan orang Pakistan.
Tetapi dalam banyak keadaan saya lihat, kesimpulan yang dibuat oleh orang yang lebih tua kebanyakannya betul (orang Pakistan hanya  contoh semata-mata).
Mempunyai seorang mentor adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda tidak perlu melalui pengalaman 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Anda hanya perlu tahu tips-tips ini dari orang yang layak memberi tips.
Saya secara peribadi agak bersyukur kerana saya mempunyai ramai rakan yang dua kali ganda umur dari saya. Dan saya mendapat banyak tips-tips berguna dari mereka.
Jadi sebagai usahawan baru, cari mentor anda. Jika tidak, anda akan menghabiskan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun melakukan kesalahan yang tidak perlu.
2. Rakan Sekeliling yang Berjaya
"Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk"
Apabila dua insan bertemu, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain, walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Ini reality. Terima ini sebagai kebenaran.
Jadi untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mengelilingi diri anda dengan orang yang berniaga, jika lebih baik, orang berniaga yang berjaya.
Anda harus lakukan apa saja untuk ini. Jika anda kekal mengelilingi diri anda dengan orang yang bekerja makan gaji, semangat anda akan luntur.
Ini boleh difahami dengan mudah apabila kita lihat apa yang dituturkan oleh pekerja dan peniaga.

Pekerja biasanya akan merungut mengenai gaji, boss, politik pejabat, masa cuti yang singkat, dan akan bergembira jika diberi bonus, kenaikan pangkat atau mendapat tawaran kerja baru.
Manakala peniaga pula akan merungut mengenai sales yang jatuh, perniagaan yang tak menjadi, pengurusan perniagaan yang salah, barangan lambat sampai dan peniaga akan bergembira jika sales meningkat naik, perniagaan yang dirancang menjadi, pelanggan puas hati atau membuka cawangan baru.
Jadi pekerja dan peniaga dalam dunia yang berasingan. Untuk jadi peniaga, kelilingi diri anda dengan golongan peniaga. Mereka akan lebih memahami anda dan anda juga akan lebih memahami mereka.
Kongsi masalah dan kongsi pengalaman bersama mereka .
3. Super-connector
Golong ketiga pula adalah super-connected. Super-connected adalah orang yang mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mereka ini mudah dikenali. Ciri-ciri mereka adalah mereka mesra dengan semua orang, mempunyai ramai kawan, tidak mempunyai cita-cita tinggi dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Sebagai usahawan kita mempunyai cita-cita tinggi, jadi kita boleh gunakan orang super-connector ini untuk mengenali orang yang kita perlukan. Mengunakan di sini tidak bermaksud mengeksploitasi. Menggunakan dengan niat yang baik.
Jaga super-connector ini sebaik mungkin. Berikan mereka keselesaan untuk bersama anda. Cuba selesaikan masalah mereka. Biasanya masalah yang mereka hadapi mungkin dari aspek kewangan.  Anda boleh belanja mereka makan setiap kali keluar bersama. Ini sudah memadai bagi mereka. Mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila bersama anda.
Melalui mereka ini, dapatkan contact yang perlu pada waktu yang perlu. Ini bermaksud, anda seolah-olah meminta pertolongan dari mereka. Jika mereka kenalkan dengan orang yang kita perlukan. Ucapkan terima kasih. Sentiasa kenang jasa mereka.

Friday, March 16, 2012

Kumpulan Shiro Ialah Juara Raja Lawak 6

Kalau anda melekat di kaca TV malam tadi pasti anda sudah tahu kenapa yatt tulis entry ini... Seperti yang dijangkakan, kumpulan Shiro berjaya merangkul gelaran juara Raja Lawak 6. yatt memang sangat meminati kumpulan shiro & setiap kali kemunculan kumpulan shiro pasti x kering gusi yatt ketawa..
shiro juara raja lawak 6
Bagi yatt, persembahan finalist Raja Lawak 6 kali ini memang membanggakan.  Kesemuanya memang sudah bersiap sedia sepenuhnya. tapi di antara semua finalist raja lawak yatt paling minat kumpulan shiro la. diaorang ada stial tersendiri yang membuatkan kita tak jemu bila tengok..Tak gitu?
mereka berjaya membawa pulang wang tunai rm 100 ribu.. banyak tuuuu....
shiro juara raja lawak 6
Naib juara Raja Lawak 6 jatuh kepada kumpulan Zero. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Manakala di tempat ketiga ialah Cuit sekaligus membawa pulang RM30,000.  
shiro juara raja lawak 6
Apa-apa pun tahniah kepada kesemua finalist Raja Lawak 6 yang telah memberikan lawak yang sangat memuaskan hati semua pihak. Kepada pihak Astro, diharap dapat mengembangkan lagi bakat-bakat yang adaagar mereka akan lebih popular dan dapat beraksi di pentas yang lebih besar.
shiro juara raja lawak 6
bg yatt semua kumpulan adalah terbaek tapi rezeki menyebelahi shiro untuk menang..
btw, yatt doakan korang semua tetap suksess selamanya.... insyaallah..!!! 

Sunday, March 11, 2012

my uchuk..!!


inilah tajuk post yatt ari nie...yatt sayang kwn2 yatt.. salah seorng dr dyeorg ialah MY UCHUK.. 




taraa... nie la my uchuk... 
nama dye NUR FATEHA BADRON
. comel kan dye... tgk la kawan spe... hehehe
nk tahu x npe yatt tlis post tentang dye??
dye kte yatt IDOLA dye...
mcm mne la dye leh anggap yatt idola dye pon x thu la.. hehehehe....
yatt nie besa je.. ( yatt seorang yg merendah diri) hehehe...


nie gambar yatt , dye & roomate dye alia.... time raya JP sem lepas.. heheheh


korang tahu x teha nie mcm mne.. dye baik sgt, rajin study sampai dpt anugerah ketua jabatan perdagangan la sem lpas.. ( terornya, tgk la uchuk spe..), suka tolong yatt.. klaw yatt ada masalah,dye selalu ada disisi yatt.


 

dye kata bila dye dgr lagu nie dye teringat kt yatt.. ada gak la org teringat kt yatt... heheheh.. mcm x caya je kn..


yatt sgt rindui teha.. ble la nk jumpa?? ntahlah.. walaupon jauh tp yatt arap teha x melupakn yatt.. .. FREND 4 Ever..


sekian.. ILYSM..


:h:

kalau nk thu spe la uchuk sy nie,.. klik nur fateha badron